Welcome To DiKALA BOSAN@Blogspot.com

My photo
Cheras, Selangor, Malaysia
Quiet person and charitable

Kepercayaan Dalam Perhubungan

Kepercayaan adalah teras sesuatu perhubungan terutama dalam perkahwinan. Hubungan yang kukuh dan bahagia hanya akan dinikmati sekiranya pasangan saling mempercayai dan menghormati ‘privacy’ pasangan masing masing. Tiadanya kepercayaan dalam sesuatu perhubungan akan menyebabkan seseorang itu cuba mengawal dan memerhatikan setiap gerak geri pasangannya. Ini menimbulkan stress kerana tugas yang bertambah dan kehadiran perasaan syak wasangka yang adakalanya sukar dikawal. Di samping itu pasangan akan rasa tidak selesa dan terkongkong dalam aktiviti hariannya. Akibatnya, kedua-duanya akan mengalami stress. Elakkan terlalu mengawal pasangan anda. Sikap yang terlalu mengawal akan menimbulkan kebosanan kepada pasangan kerana merasakan diri tidak dipercayai.
Kepercayaan antara satu sama lain harus menjadi asas dalam perhubungan percintaan. Sekiranya tidak, konflik mungkin akan timbul dan pasangan akan cuba mencari jalan keluar untuk bebas dari rasa terkongkong.
Tanamkan kepercayaan terhadap pasangan. Memandangkan janji janji yang diberikan adalah landasan kepada penyatuan dua insan yang berkahwin, setiap individu perlu memberi kepercayaan kepada pasangannya untuk memenuhi janji itu dengan penuh kesetiaan. Namun demikian, setiap pasangan mesti menghormati kepercayaan yang diberikan dan ianya bukan lesen untuk mengkhianati pasangan masing-masing. Salah satu cara untuk memupuk kepercayaan ialah dengan selalu berkomunikasi tentang aktiviti masing masing dengan jujur dan mengelakkan berbohong kepada pasangan anda.